Wednesday, December 31, 2014

makan..jangan tak makan..

Assalamualaikum..

Alkisah bermula bila junior aku tak nak makan lunch..katanya dia TAK LAPAR...dia penat sangat sampai hilang selera nak makan..

Berbanding aku, pantang nampak makanan abis nak pelahap (exclude those things yang tak boleh makan laaa..). Susah nak suruh orang yang tak nak makan supaya makan..dulu kalau kecik-kecik tak nak makan, mak bawak pegi padang permainan..sambil main sambil makan..habis nasi sepinggan..

Tapi tak boleh salahkan dia...dah tak selera, kenapa nak paksa-paksa kan?? nanti dikata ANNOYING pulak..well, sebenarnya aku pon dulu macam tu..asal sikit tak nak makan, nak habiskan kerja..

KONON BERDEDIKASI SANGAT!!..

Tapi percaya lah...company bayar kita gaji untuk kita buat kerja..kerja elok, gaji elok...tapi kalau sampai skip lunch, diorang tak kan pandang punya..sebab diorang bayar gaji untuk kita buat kerja, bukan untuk skip lunch...tak guna nak bodek company dengan meninggalkan lunch..TAK BERBALOI!!

MAKAN TETAP MAKAN..walau tak selera..

Dulu aku berfikiran 'ohh..mungkin manager akan appreciate kalau konon-konon skip lunch demi siapkan kerja"..HAMPEH!! jangan harap la, jakgi kalau sakit...lagi dia persalahkan kita sebab tak jaga kesihatan..da susahkan dia nak cari pengganti untuk job kita..nak re-schedule semula..

So far aku tak dengar la yang company bising sebab aku masuk hospital hari tu...but I THINK THEY WILL THINK LIKE THAT (or I'm thinking too much..:P). Sejak dari aku jatuh sakit dan merasakan kepayahan pada diri sendiri..yela, tetiba pengsan masuk hospital, kerja tergendala pastu lepas cuti fail melambak-lambak atas meja...manager chase file kita yang pending sejak masuk hospital..dengan tak da mood nak start kerja..pastu macam rasa 1st day kerja..macam-macam feeling okay!! 

Jadi saya amik inisiatif untuk tukar cara pemikiran.. 1 jam diberi untuk lunch adalah masa keemasan yang patut kita ambil..

itulah satu jam yang kita boleh tak fikir pasal kerja..

itulah satu jam yang kita boleh guna untuk berangan..

itulah satu jam yang kita boleh guna untuk sumbat mulut dan perut..

itulah satu jam yang kita boleh gunakan untuk ubat apa yang kita suka (berfacebook maybe?)..

ITU SATU JAM...KITA PUNYA!!

Jadi jangan sia-siakannya..sebab kalau tak..sia-sia aje..

Moral of the story JANGAN SKIP LUNCH..banyak kerja pon tinggal dulu..tentang ni, kita perlu SELFISH!!

Tapi saya tak nafikan, siapa yang baru start kerja memang mempunyai tahap dedikasi yang tinggi..saya pon macam tu jugak dulu (nak cakap yang sekarang kureng dedikasi ke?? eh! tak laaaaa

jemput tgk makanan feveret saya!!


BEEF PEPPERONI PIZZA FOREVER IN RELATINSHIP!!
(pic courtesy:google)


IRRESISTIBLE DESSERT!
(pic courtesy:google)


 TENGOK DONUT RASA MACAM NAK BERENANG DALAM KOLAM YANG PENUH DENGAN DONUT
(pic courtesy:google)



terima kasih.

Yang ikhlas menulis,
Najihah

No comments:

Post a Comment