Saturday, May 7, 2016

Ejie VS Jea

Assalamualaikum..

Ape khabar semua? sihat ke?..ughh! SHIFT key kat laptop nih buat hal so terganggu sket nak menaip but ANYWAYS!!! HI ALLL.. (intro ala2 vlog).

OKAY! wassup about today's title? who's JEA? who's EJIE?..

WELL, hari ni saya nak bercakap pasal diri saya,character saya and BOTH are actually me..yang 1 mmg dari lahir, dan satu lagi saya cipta hasil dari kekecewaan..

Dulu pernah tengok cerita hindustan DEEWANGEE yang Ajay Devgn (my fav hero!) ada 2 character or in other words, SPLIT PERSONALITIES..memula tgk macam mengarut, ada ke orang macam tu kat dalam dunia nih..but when I grew up,somehow I got that kind of disorder..

OKAY, sounds a bit scary but don't worry..saya tak pernah sakitkan sesapa,in fact, it hurts me a lot...pasal tu nak bercerita kat sini..lets start with EJIE..

EJIE seorang yang normal,macam orang lain yang ada kehidupan sendiri (sekolah,graduate,berkerjaya), bercita-cita tinggi utk menjadi 'seseorang' katanya..EJIE ni boleh kata mcm homegirl,average girl..tapi ada benda yang dia suka,ada benda yang dia tak suka (normal la, orang lain pon macam tu jugak kan?). Antara yang paling dia tak suka ialah ignorance. Dari zaman dia sekolah lagi dia dah rasa benda nih,sampaikan cikgu kelas dia sendiri tak kenal dia,tak tahu kewujudan dia dalam kelas tu (itu yang paling sakit hati). Bila masuk U, kawan2 keliling dia senang dapat 'cinta',kadang-kadang senang putus and dapat yang lain..dia pon nak rasa apa yang kawan-kawan dia rasa..tapi tak ada rezeki..bukan sengaja dia sakitkan hati sendiri,tapi bila dah kerap sangat tengok impian yang dia impikan tak dapat kat dia,tapi kawan-kawan sekeliling dia yang dapat,orang-orang yang rapat dengan dia yang dapat...sakit hati bila kita betul-betul mengharapkan sesuatu tapi sesuatu tu berlaku kat orang yang tak mengharapkannya pon..kadang-kadang tak layak pon nak dapat. Dia tak jealous,atau iri hati...memang rezeki masing-masing tu Allah yang tentukan dan dia terima dengan redha (bagus Ejie nih). Satu hari dia dapat berita yang abah dia meninggal and her world become up side downs..sejak dari tu dia jadi seorang yang introvert,tak suka dunia luar, hidup dalam dunia dia sendiri...dia bukan seceria yang dulu..mungkin tekanan hidup,tekanan dari kekecewaan menyebabkan dia create satu lagi identiti iaitu JEA!

JEA terhasil apabila ejie kecewa, ejie nak rasa macam mana jadi famous..macam mana jadi terkenal..macam mana digilai ramai (btw, ejie ada cita-cita nak jadi celebrity tapi takde rezeki...bakat pon tak de :P). So basically Jea nih sangat bertuah dalam hidupnya..ibarat lahir pada masa yang tepat la..apa yang dia nak,dia dapat..seorang yang berbakat besar, dihormati, disayangi..tapi dia seorang yang down to earth (ejie selalu berdoa, kalau dia dapat sesuatu, dia takkan lupa diri) jadi Jea tak boleh lupa diri..Ejie start introducing herself as Jea sebab dia nak hidup dalam dunia yang dia cipta, bagi Ejie, dunia realiti dia sangat menyedihkan. Selalu bila dia masuk mall atau tempat public atau jumpa dengan oarang yang dia tak pernah jumpa sebelum nih, dia akan jadi Jea..dia nak energy Jea tu untuk berdepan dengan orang-orang. 

Fact is, taktau macam mana Ejie boleh ada anxiety..sejak bila dia jadi takut nak berdepan dengan orang,pandang mata orang dan dia akan rasa sesak nafas bila in crowded place..mungkin sebab terbiasa hidup sebagai Jea, jadi bila kadang-kadang dia keluar untuk menikmati dunia sebagai Ejie, dia rasa macam first time datang ke bumi :P. 

Tapi sejak akhir-akhir ni, Ejie mula tersedar yang Jea is not a real her..she should embrace all the things happened around her..dia dah penat pretending as someone else untuk hadapi dunia luar..bukan sekejap dia cipta Jea tau, dah lama sebenarnya Jea hidup dalam Ejie atau Ejie hidup dalam Jea (saya pon confuse dah)..Ejie sedar yang dunia Jea takkan terjadi walau apapun, itu yang menyebabkan dia lagi kecewa. Energy level Jea tak sama dengan Ejie, Ejie takkan dapat apa yang Jea dapat, Jea dah terlalu kedepan, sedangkan Ejie masih merangkak. Jea tak pernah tinggalkan Ejie, tapi Ejie tak dapat nak kejar Jea. 

Hasilnya dua-dua tenggelam dalam dunia masing-masing..

Keadaan nih sangat menyesakkan otak, taktau nak buat ape..disatu saat, rasa macam nak bunuh Jea tapi Ejie tak boleh hidup tanpa Jea. Jea perangsang bagi Ejie kejar cita-citanya..walau Jea boleh hidup tanpa Ejie, tapi Jea tak mungkin hidup sebagai Ejie..

Dulu waktu mula-mula nak jadi Jea, saya simpan Ejie di satu sudut dalam hidup saya..sekarang bila saya dengar orang-orang panggil saya dengan panggilan Jea, saya jadi tak selesa..sebab saya nak cuba menjadi diri sendiri..dulu suka, sekarang jadi lain...keadaan jadi dah tak terkawal..macam tekanan perasaan, sakit jiwa pon ada kan? 

Saya bukan menipu kawan-kawan saya, setiap hari saya baca ayat 'Be yourself no matter what'..saya ingat saya dah sehabis baik menjadi diri sendiri..rupanya masih ada yang saya tak betulkan lagi..

Kalau tengok, blog saya, header blog saya semua nama Jea...mula-mula ingat it just a name and saje nak improvise nama, tak sangka tercipta satu identiti disebalik nama tu..

Saya masih mencari jawapan yang terbaik untuk Jea dan Ejie. 

Yang ikhlas menulis,
Najihah

No comments:

Post a Comment